Bismillah.. Kita sebagai manusia biasa dan makhluk ciptaan_Nya yang tidak dapat lari dari masalah tidak kira kejatuhan , kemiskinan ataupun kesakitan . Kita juga sering lalai dari_Nya dengan penipuan harta kekayaan , kebahagiaan dan keseronokkan di dunia . Oleh itu , DOA adalah senjata bagi golongan mukmin untuk mengharungi kehidupan di dunia diiringi dengan keberkatan dari Allah S.W.T. Untuk pengetahuan kalian , doa mempunyai rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langit . Kita perlulah berdoa dengan penuh rendah diri kepada_Nya , khusyuk , penuh keikhlasan dan yang paling penting doa itu lahir dari hati kita . Ada waktu-waktu mustajab untuk berdoa dan menggunakan waktu tersebut untuk bermunajad di sisi Allah S.W.T .
- Berdoa sewaktu hujan turun .
- Ketika hendak bersolat .
- Selesai membaca al-Fatihah dalam solat .
- Selepas mengucap ' Amin ' apabila selesai membaca surah al-Fatihah .
- Pada waktu tengah malam , terutama sepertiga malam yang terakhir .
- Waktu di antara azan dan iqamah .
- Ketika sujud dalam solat .
- Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. dalam tahiyat akhir .
- Selesai solat fardhu .
- Sepanjang waktu berpuasa .
- Malam Lailatul Qadar yang berlaku pada bulan Ramadhan .
- Ketika khatam 30 juz al-Quran .
- Sepanjang hari Jumaat kerana hari ini dikenali penghulu segala hari .
- Sepanjang perjalanan semasa bermusafir .
- Pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah .
- Ketika berjihad dan ketika melakukan ibadah haji ataupun umrah .
- Waktu menerima ujian .
- Ketika berperang kerana Allah S.W.T. .
- Ketika ayam berkokok . ( Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat.” [ Hadis Riwayat Bukhari ]