Thursday, 3 May 2012

19 WAKTU MUSTAJAB DOA


Bismillah.. Kita sebagai manusia biasa dan makhluk ciptaan_Nya yang tidak dapat lari dari masalah tidak kira kejatuhan , kemiskinan ataupun kesakitan . Kita juga sering lalai dari_Nya dengan penipuan harta kekayaan , kebahagiaan dan keseronokkan di dunia . Oleh itu , DOA adalah senjata bagi golongan mukmin untuk mengharungi kehidupan di dunia diiringi dengan keberkatan dari Allah S.W.T. Untuk pengetahuan kalian , doa mempunyai rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langit . Kita perlulah berdoa dengan penuh rendah diri kepada_Nya , khusyuk , penuh keikhlasan dan yang paling penting doa itu lahir dari hati kita . Ada waktu-waktu mustajab untuk berdoa dan menggunakan waktu tersebut untuk bermunajad di sisi Allah S.W.T .
  1. Berdoa sewaktu hujan turun .
  2. Ketika hendak bersolat .
  3. Selesai membaca al-Fatihah dalam solat .
  4. Selepas mengucap ' Amin ' apabila selesai membaca surah al-Fatihah .
  5. Pada waktu tengah malam , terutama sepertiga malam yang terakhir .
  6. Waktu di antara azan dan iqamah .
  7. Ketika sujud dalam solat .
  8. Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. dalam tahiyat akhir .
  9. Selesai solat fardhu .
  10. Sepanjang waktu berpuasa .
  11. Malam Lailatul Qadar yang berlaku pada bulan Ramadhan .
  12. Ketika khatam 30 juz al-Quran .
  13. Sepanjang hari Jumaat kerana hari ini dikenali penghulu segala hari .
  14. Sepanjang perjalanan semasa bermusafir .
  15. Pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah .
  16. Ketika berjihad dan ketika melakukan ibadah haji ataupun umrah .
  17. Waktu menerima ujian .
  18. Ketika berperang kerana Allah S.W.T. .
  19. Ketika ayam berkokok . ( Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat.” [ Hadis Riwayat Bukhari ]

No comments:

Post a Comment