Friday, 9 November 2012

BERPAHIT-PAHIT DAHULU , BERMANIS-MANIS KEMUDIAN

Maksud tajuk di atas tu..smua org dh tahu kan..kalau ada yg x tahu tu. nnti ada masa search dlm internet ye..

Org tua2 telah menasihati kita supaya buat kerja yg susah-susah dahulu lepas tu bru lh dpt kesenangan..Kita semua thu kn menuntut ilmu itu susah...
memang tidak dinafikan sbb kita kena menghafal,mengingati,memahami dn segala jenis M lah..Tapi..kita kena yakin..kesusahan dn kepayahan yg ditanggung pd hari ini , dgn izin Allah akn mmberikan kenikmatan di hari yg akn dtg..

Kesusahan dn kesempitan adalah asam garam dlm kehidupan..setiap manusia akn berhadapan dgnnya..namun yg membezakan ialah bagaimana kita memahami erti kesusahan dn cara kita menghadapinya..

Allah S.W.T. telah berfirman dalam al-Quran : (Surah al-Syarh : ayat 5-6)Maksudnya: Maka sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.

Allah S.W.T. telah pun menjanjikn kpd setiap hamba-hambaNya kesenangan di sebalik kesusahan.Surah ini diturunkn ketika Rasulullah S.A.W. berhadapan dgn kesulitan dn tentangan golongan yg tidak mahu menerima dakwah nabi.Pelbagai rintangan ,ancaman dn penyiksaan yg dihadapi oleh Nabi kita dn org2 Islam ketika itu.Tugas baginda sbg utusan dr Allah S.W.T. bkn tugas yg mudah.Susah sbb baginda ingin memperbaiki akhlak manusia , susah kerana ingin mengubah kepercayaan masyarakat jahiliah drp menyembah berhala kpd mentauhidkan Allah S.W.T. Namun Nabi kita tidak pernah berputus asa dan mengalah dr ujian yg dihadapi oleh baginda. 

Firman Allah di atas telah menguatkn lgi keimanan baginda bahawa akan ada kemudahan dn pertolongan dr Allah S.W.T. Hati baginda menjadi tenang dn lapang.Dengan kesabaran baginda semakin byk yg memeluk agama Islam dn tersebar ke pelusuk dunia sehinggalah ke hari ini. Kesusahan yg dihadapi oleh Baginda dn para sahabat telah dibalas dgn janji Allah S.W.T. dgn kesenangan di akhiat iaitu syurga abadi.

Kita harus jadikan ayat-ayat tersebut motivasi kpd diri dn jadikan kisah perjuangan Nabi kita sbg panduan hidup agar kita tidak mudah kalah dgn kesusahan kesulitan di dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah S.W.T. Surah as-Syarh (Alam Nasyrah) ayat 1-8 blh dijadikan amalan harian dgn membacanya setiap kali ingin menuntut ilmu atau sewaktu kita dlm sesusahan. InsyaAllah , dengan izin Allah S.W.T. hati kita akn menjadi lapang , tenang dn urusan akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment