Maksud tajuk di atas tu..smua org dh tahu kan..kalau ada yg x tahu tu. nnti ada masa search dlm internet ye..
Org tua2 telah menasihati kita supaya buat kerja yg susah-susah dahulu lepas tu bru lh dpt kesenangan..Kita semua thu kn menuntut ilmu itu susah...
memang tidak dinafikan sbb kita kena menghafal,mengingati,memahami dn segala jenis M lah..Tapi..kita kena yakin..kesusahan dn kepayahan yg ditanggung pd hari ini , dgn izin Allah akn mmberikan kenikmatan di hari yg akn dtg..
Kesusahan dn kesempitan adalah asam garam dlm kehidupan..setiap manusia akn berhadapan dgnnya..namun yg membezakan ialah bagaimana kita memahami erti kesusahan dn cara kita menghadapinya..
Allah S.W.T. telah berfirman dalam al-Quran : (Surah al-Syarh : ayat 5-6)Maksudnya: Maka sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.
Allah S.W.T. telah pun menjanjikn kpd setiap hamba-hambaNya kesenangan di sebalik kesusahan.Surah ini diturunkn ketika Rasulullah S.A.W. berhadapan dgn kesulitan dn tentangan golongan yg tidak mahu menerima dakwah nabi.Pelbagai rintangan ,ancaman dn penyiksaan yg dihadapi oleh Nabi kita dn org2 Islam ketika itu.Tugas baginda sbg utusan dr Allah S.W.T. bkn tugas yg mudah.Susah sbb baginda ingin memperbaiki akhlak manusia , susah kerana ingin mengubah kepercayaan masyarakat jahiliah drp menyembah berhala kpd mentauhidkan Allah S.W.T. Namun Nabi kita tidak pernah berputus asa dan mengalah dr ujian yg dihadapi oleh baginda.
Firman Allah di atas telah menguatkn lgi keimanan baginda bahawa akan ada kemudahan dn pertolongan dr Allah S.W.T. Hati baginda menjadi tenang dn lapang.Dengan kesabaran baginda semakin byk yg memeluk agama Islam dn tersebar ke pelusuk dunia sehinggalah ke hari ini. Kesusahan yg dihadapi oleh Baginda dn para sahabat telah dibalas dgn janji Allah S.W.T. dgn kesenangan di akhiat iaitu syurga abadi.
Kita harus jadikan ayat-ayat tersebut motivasi kpd diri dn jadikan kisah perjuangan Nabi kita sbg panduan hidup agar kita tidak mudah kalah dgn kesusahan kesulitan di dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah S.W.T. Surah as-Syarh (Alam Nasyrah) ayat 1-8 blh dijadikan amalan harian dgn membacanya setiap kali ingin menuntut ilmu atau sewaktu kita dlm sesusahan. InsyaAllah , dengan izin Allah S.W.T. hati kita akn menjadi lapang , tenang dn urusan akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
Friday, 9 November 2012
Thursday, 3 May 2012
19 WAKTU MUSTAJAB DOA
Bismillah.. Kita sebagai manusia biasa dan makhluk ciptaan_Nya yang tidak dapat lari dari masalah tidak kira kejatuhan , kemiskinan ataupun kesakitan . Kita juga sering lalai dari_Nya dengan penipuan harta kekayaan , kebahagiaan dan keseronokkan di dunia . Oleh itu , DOA adalah senjata bagi golongan mukmin untuk mengharungi kehidupan di dunia diiringi dengan keberkatan dari Allah S.W.T. Untuk pengetahuan kalian , doa mempunyai rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langit . Kita perlulah berdoa dengan penuh rendah diri kepada_Nya , khusyuk , penuh keikhlasan dan yang paling penting doa itu lahir dari hati kita . Ada waktu-waktu mustajab untuk berdoa dan menggunakan waktu tersebut untuk bermunajad di sisi Allah S.W.T .
- Berdoa sewaktu hujan turun .
- Ketika hendak bersolat .
- Selesai membaca al-Fatihah dalam solat .
- Selepas mengucap ' Amin ' apabila selesai membaca surah al-Fatihah .
- Pada waktu tengah malam , terutama sepertiga malam yang terakhir .
- Waktu di antara azan dan iqamah .
- Ketika sujud dalam solat .
- Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. dalam tahiyat akhir .
- Selesai solat fardhu .
- Sepanjang waktu berpuasa .
- Malam Lailatul Qadar yang berlaku pada bulan Ramadhan .
- Ketika khatam 30 juz al-Quran .
- Sepanjang hari Jumaat kerana hari ini dikenali penghulu segala hari .
- Sepanjang perjalanan semasa bermusafir .
- Pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah .
- Ketika berjihad dan ketika melakukan ibadah haji ataupun umrah .
- Waktu menerima ujian .
- Ketika berperang kerana Allah S.W.T. .
- Ketika ayam berkokok . ( Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat.” [ Hadis Riwayat Bukhari ]
Thursday, 1 March 2012
PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Setiap pelajar wajib menghadapi peperiksaan , sama juga dengan ana.. Sebenarnya kalian tidak seharusnya takut dan bimbang pada peperiksaan kerana itu adalah lumrah sebagai seorang pelajar yang inginkan kejayaan di masa hadapan .. Kejayaan dalam peperiksaan bergantung kepada usaha dan kesungguhan dari diri kita sendiri.. Terdapat beberapa tips atau petua untuk menghadapi peperiksaan, antaranya :
Sikap Di Dalam Kelas
- Seminggu atau 2 minggu sebelum peperiksaan tiba , kalian harus lah menumpukan sepenuhnya perhatian sewaktu guru mengajar .
- Jangan pernah memberi virus kepada rakan anda dan jangan pernah melakukan perkara yang menghalang penumpuan kalian .
- Sekiranya guru kalian membuka perbincangan , kalian perlulah mengemukakan masalah atau soalan yang tidak kalian fahami . Sewaktu hampir exam nie , tak usah lah kalian mengamalkan sikap malu dan jangan berasa segan atau takut untuk bertanya .
- Semasa guru memberi penerangan , sebenarnya kalian perlu mencatat semua yang dibincangkan kerana hari-hari akhir biasanya guru akan membincangkan isu yang berkaitan dengan exam .
Strategi Ulangkaji
- Kalian perlu berbincang dan belajar secara berkumpulan bersama-sama rakan2 kalian kerana apa yang rakan kalian katakan , kalian akan mengingatinya .
- Menghasilkan nota yang ringkas dan mudah kalian fahami . Gunakan pen penanda untuk ayat dan perkataan penting.
- Setiap hari jangan pernah tinggal untuk membuat sekurang-kurangnya 3 atau 4 soalan latihan.
- Sediakan dan tetapkan masa serta cuba untuk menjawab soalan seakan-akan peperiksaan , jangan pernah melihat nota , jawab soalan berdasarkan apa yang kalian ingat. Selepas itu barulah kalian semak jawapan dan cuba untuk mengingatkan jawapan yang diberikan .
Berdoa dan Bertawakal
- Kita hanya mampu merancang tetapi Allah S.W.T. yang Maha menentukan yang terbaik untuk kita.
- Kalian perlulah sentiasa berdoa untuk kejayaan kalian dan rakan-rakan kalian .
- Sekiranya kalian tidak mendapat keputusan yang kalian impikan , maka kalian perlulah bersyukur dengan apa yang telah Allah S.W.T. berikan kepada kalian .
- Sebagai seorang muslim , kita hendaklah bersyukur dan tidak boleh bersangka buruk dengan ketentuan Ilahi kerana semua itu mempunyai hikmah-hikmah yang tertentu .
Begitulah serba sedikit tips persediaan menghadapi peperiksaan yang dapat ana kongsikan bersama kalian . Sesetengah daripada kalian apabila tiba masa sedemikian , kalian akan gelisah dan takut dengan keputusan yang akan diterima malah sebahagian daripada kalian akan kecewa dan sedih dengan keputusan yang diterima . Ana ingin katakan kepada kalian , yakinlah bahawa setiap ujian dan cabaran merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya . Allah memberi cubaan agar kita menjadi lebih matang dan lebih dewasa . Rasulullah bersabda : " Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan " Kesimpulanya , jangan lah kalian mempunyai sifat putus asa . Sebaiknya kalian harus bangkit dan berusaha untuk mendapat kejayaan dengan keredhaan Allah S.W.T. InsyaAllah .
Thursday, 9 February 2012
ANA INGINKAN SEBUAH HANDFONE BARU
EX-HANDFONE
Sebenarnya dulu ana telah mempunyai handfone yang sgt menarik bagi ana... Tapi suatu kejadian yg terjadi menyebabkan ana kehilangan handfone kesayangan ana... Dah 4 tahun ana tiada handfone..sekarang pun kebas yg abah ana punya.. HEHEHE.. Biasa lah bab2 kebas-mengebas nie... Banyak kenangan yg menarik dengan hndfone tu.. Nak buat mcm mana , harta yang kita miliki bukan nya milik kita... Allah boleh uji dgn pelbagai cara... Kita pun sbg manusia biasa...adalah milik Allah S.W.T...
Semua orang ada keinginan memiliki sesuatu benda.. Betul tak?? Sama juga dgn ana...Sedih rasa... kwn2 dpt guna handfone yg canggih2... Ana hanya dapat melepaskan keinginan dgn memegang handfone kwn je lah... Nak buat macam mana... Belum ada rezeki dan belum tiba masa untuk ana guna handfone yang agak canggih... Mana taknya , sekarang kalau tak ada handfone susah nak gerak...
MY FUTURE HANDFONE..
Suatu malam , ana bosan.. ana cari lah handfone yg agak sama dgn handfone ana yg dulu... Ana cari punya cari punya....Jumpalah sebuah handfone nokia berjenama NOKIA LUMIA 710... AAAAAA!!!! Akhirnya jumpa juga handfone sama spt handfone dulu... Ialah , tak kan nak guna model sama kan?? Dunia kan dah semakin maju.. So kita pun maju lah juga... Tapi.. harga nya pula menjadi penghalang.. Mana tak nye..
RM 999.00 Oh my God!!! WOW...!!! kena kerja keras ler... Ini lah handfone baru IDAMAN ana...
Ana minat handfone ini sebab bagi ana ianya sama seperti handfone lama... Cuma di upgraded ke touch screen .. ana suka sebab ianya nampak cute sgt... hehe.. InsyaAllah , ana akan menabung dari sekarang dan ana akan belajar betul2 sehingga ana mempunyai kerjaya yg bagus untuk memilikinya.. Tanpa usaha.. Tiadalah hasilnya..
Monday, 16 January 2012
CARA-CARA SOLAT BERJEMAAH BAGI WANITA
Solat berjemaah tidak diwajibkan bagi kaum wanita berdasarkan sepakat ulama . Tetapi solat berjemaah ini amat digalakkan . Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Janganlah kalian melarang wanita-wanita kalian ( untuk pergi ke ) masjid dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka . " ( Riwayat Ibn Khuzaimah )
Siapa yang Layak Menjadi Imam ?
Wanita yang paling baik bacaannya itulah yang paling layak menjadi imam .Jika diantara kalian mempunyai persamaan , maka yang ada ilmu tentang sunnah perlu diberi prioriti .Seandainya para wanita melakukan solat di rumah seseorang antara mereka , maka tuan rumahlah yang paling berhak untuk menjadi imam kecuali jika diizinkannya kepada orang lain .Sabda Rasulullah s.a.w. : " Yang berhak mengimami solat ialah orang yang paling bagus atau paling banyak hafalan al-Qurannya .Jika dari segi al-Qurannya sama , maka dipilih yang paling mengerti tentang sunah .Kalau dalam sunah juga sama , maka dipilih yang terlebih dahulu berhijrah .Kalau dalam hijrah pun sama , dipilih yang terlebih dahulu masuk Islam. Janganlah seseorang mengimami orang lain dalam wilayah kekuasaannya dan janganlah kalian duduk di rumah orang lain di tempat duduk khusus untuk tuan rumah kecuali dengan izin daripadanya . "
Kedudukan Saf Jemaah Muslimah .
Seseorang wanita yang menjadi imam perlulah berdiri ditengah-tengah jemaah , bukan di depan makmum . Jika kaum wanita melakukan solat berjemaah yang jauh daripada kaum lelaki , maka saf yang paling awal bagi mereka ialah saf pertama . Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat-Nya berselawat kepada (mereka) yang berada pada saf-saf depan . " [ Dengar itu , kalau kalian pergi ke masjid jangan lah suka memilih tempat dibelakang . Katanya panas , hendak pulang senang dan macam-macam lagi . Sebaliknya kalian perlu berlumba-lumba untuk mendapatkan saf yang pertama kerana Subhanallah , sungguh besar fadhilatnya . Renung-renungkan dan selamat beramal . ]
Kesimpulannya , renungilah pesanan Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Sesiapa yang melakukan solat berjemaah selama 40 hari tanpa melewatkan takbiratulihram dalamnya , dia pasti dibebaskan daripada dua perkara iaitu kemunafikan dan api neraka . "
Sunday, 15 January 2012
SABAR ITU INDAH
Menurut Imam al-Ghazali , sabar dalam mentaati Allah itu terbahagi kpd 3 : iaitu sabar ketika hendak memulakannya, semasa mengerjakannya dan selepas mengerjakannya.
Sabar SEBELUM memulakan sesuatu perkara ialah kita mampu menahan diri daripada godaan niat-niat yang lain kecuali demi mendapatkan keredhaan Allah. Jangan sekali-kali mengharap pujian , penghargaan dan pengiktirafan dari sahabat dan rakan kalian . Dengan sabar juga kalian dapat menyingkirkan sifat riyak atau syirik kecil sebelum melakukan suatu ibadat .
Sabar SEMASA melakukan ketaatan adalah dgn menahan diri drpd segala kesusahan yang terjadi semasa kalian melakukannya . Contoh yang dapat ana kemukakan ialah seperti apabila kalian menutup aurat , pasti kalian akan merasai kepanasan dan tidak selesa . Tapi kalian mesti terus istiqamah untuk melakukannya walaupun sukar bagi fizikal , emosi dan hati kalian menanggungnya .
Sabar SELEPAS melakukan ibadat adalah dgn menahan diri drpd bersifat riyak , sum'ah (suka mendengar pujian) dan ujub (berasa hairan dgn kemampuan diri) . Menurut Imam al-Ghazali , sabar pada peringkat inilah paling sukar kerana pada waktu ini banyak godaan yang menimpa hati . Oleh itu , ana ingin berpesan jika tauhid tidak dihayati , maka dengan mudah sahaja syaitan menipu maka terhapuslah segala kebaikan yang telah kalian bina .
Dalam sebuah hadis yang panjang , Rasulullah s.a.w. telah menjelaskan bagaimana orang kaya yang dermawan , orang yang membaca al-Quran dan orang yang mati syahid telah ditolak amalannya kerana tidak ikhlas . Ana harapkan kalian dapat mengubah kelemahan diri kalian kearah lebih baik untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan pancaroba .. InsyaAllah ... sama-sama ana doakan kesejahteraan kalian..
Amin ... Ya Rabbilalamin. Syukran.
Saturday, 14 January 2012
MENGIKHLASKAN SEGALA-GALANYA AKAN MEMPEROLEH KETENANGAN
Kehidupan penuh dengan cabaran dan ujian pada setiap manusia.... Ya ALLAH... sungguh sempurna ciptaan-Mu untuk menguji hamba2_Mu yang selalu lalai dengan kemewahan dan hiburan duniawi... Pada suatu malam , ana merasakan diri ini tidak membawa manfaat kepada orang disekeliling... dari dahulu sehingga hari ini ana tidak dapat merasakan kegembiraan yang berpanjangan dalam hidup ana...Kadang-kadang ana rasa putus asa untuk meneruskan hidup ana kerana banyak dugaan dan ujian yang telah ana lalui walaupun usia ana masih muda.. Ya ALLAH... sesungguhnya hamba_Mu ini lemah dan tidak dapat menanggung cabaran yang tidak dapat hamba_Mu tanggung... Tetapi ana kuatkan semangat dan dengan segera ana mengikhlaskan segala dugaan dan cabaran yang telah ana lalui sebelum ini ... Subahanallah... Dia mendengar keikhlasan ana dan suatu perasaan yang tidak dapat ana gambarkan hadir dalam hati ana ... Alhamdulillah...Ana tidak lagi putus asa malah InsyaAllah selepas ini ana akan berfikiran positif dan mengikhlaskan segala-galanya...
Ana juga telah belajar erti keikhlasan dalam melakukan ibadat... Sungguh besar Kekuasaan ALLAH S.W.T... Pada satu saat , tiba2 ana tidak dapat menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pelajaran ana di sekolah.....dgn segera ana cuba mengikhlaskan hati ana supaya dapat menerima apa yang dibaca.. tidak putus-putus ana melafazkan pujian kepada_NYA..sehinggalah ana mendapat ketengan itu... Syukur Alhamdulillah... Sesungguhnya ALLAH S.W.T. telah berfirman dalam surah al-Bayyinah ayat 5 : yang bermaksud ( Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah ALLAH dengan mengikhlaskan ibadat kepada_NYA , lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberikan zakat dan yang demikian itulah agama yang benar . ) Semoga ibadat yang ana lakukan selama ini dapat diterima oleh ALLAH S.W.T.
Alhamdulillah... Ana bersyukur kerana ana masih bernyawa di atas muka bumi_NYA.. ana juga bersyukur dapat merasakan kasih sayang dari keluarga ana , rakan-rakan ana , guru-guru ana dan seorang insan yang berharga dalam hidup ana.... Ana bersyukur bahawa ana dapat belajar dengan tenang dan menikmati kehidupan harian dengan sempurna...Sedangkan ada yang tidak bernasib baik kerana tidak dapat merasakan kasih sayang dari ibu bapa mereka , ada segelintir anak-anak muda yang tidak makan kerana tidak mempunyai wang dan ada juga yang mensia-siakan hidup mereka dengan melakukan pelbagai kemungkaran... Subahanallah... Semoga pengalaman ana diatas serba-sedikit dapat membantu saudara dan saudari dalam menjalani kehidupan di Dunia ini serta cuba belajar menerima dan mengikhlaskan segala dugaan , masalah dan cabaran dengan hati yang terbuka..InsyaAllah anda akan memperolehi ketenangan di Dunia dan di Akhirat...
Alhamulillah.. Terima Kasih Ya ALLAH....
Thursday, 12 January 2012
KETENANGANKU BERADA DALAM KEHIJAUAN
Sebenarnya warna HIJAU ialah warna yang sangat tenang. Ana sangat gemar warna HIJAU , hal ini kerana ana tahu disebalik warna HIJAU tersimpan keistimewaan dan kelebihannya. Apabila ana mempunyai masalah , ana akan meluangkan masa ana dengan melihat keHIJAUan alam semulajadi di sekitar kawasan rumah ana... Untuk pengetahuan kalian , daripada petikan beberapa ayat yang bermaksud al-Quran yang telah meletakkan warna hijau pada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh ALLAH S.W.T.
1. " Mereka itu disediakan baginya Syurga yg kekal yang mengalir bawahnya beberapa sungai , mereka juga dihiaskan di dalamnya dengan gelang2 tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera yang tebal yg bersulam , mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias dgn warna HIJAU) . Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang sebaik-baiknya ."
2. " Mereka di dlm Syurga memakai pakaian hijau yg diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yg bertekat) , serta mereka dihiasi dgn gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dgn sejenis minuman (yg lain) yang bersih suci ."
Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga dan warna yang disukai oleh ALLAH S.W.T. Mudah - mudahan info-info yang telah ana kemukakan di atas dapat membuka hati kalian agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh ALLAH S.W.T. dan Rasul_NYA... Ana harap kalian dapat memandang indah apa yang dipandang indah oleh ALLAH S.W.T. dan Rasul_NYA serta kalian mempunyai cita-cita untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak... Semoga kalian dan ana mendapat nikmat di Syurga_NYA kelak... INSYAALLAH!!!
Thursday, 5 January 2012
TEMAN , KAWAN & SAHABAT
SAHABAT.... Semua manusia di dunia ini pasti mempunyai ramai sahabat yang sgt penyayang.. begitu juga saya.. ini lah sahabat saya yang mempunyai pelbagai watak menarik untuk dijadikan debagai teman dikala susah dan senang .. segala masalah di sekolah mahupun peribadi kami kongsi bersama... suka duka , kami lalui bersama... kdg2 saya merasakan sgt bertuah kerana dikurniakan sahabat yg sgt baik.. tpi buat masa kini saya belum mempunyai sahabat yg betul2 memahami segala duka diri saya ... Kami namakan geng kami ' The Fabulous 14 ' kerana dimana pun kami berada pasti bersama2.. sebenarnya ikatan persahabatan kami sgt kukuh , ini kerana kalau kami bertengkar pasti salah seorg ahli geng kami akan menyatukan kumpulan ini kembali.. Bak kata pepatah ' Air Dicingcang Tidak Akan Putus Talinya ' ... jika kami bertengkar pun , tak pernah berpanjangan.. 2 atau 3 hari mesti kembali balik dalam geng... Saya harapkan persahabatan yg kini terjalin biarkan kekal hingga ke akhir hayatku.. Amin.....
Sunday, 1 January 2012
TAHUN BARU 2012
Selamat tahun baru saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia dan muslimin dan muslimat yg diRahmati Allah S.W.T. Pada setiap tahun baru , semua insan pasti mempunyai azam baru untuk dicapai dalam hidup mereka masing2... Begitu juga dengan saya... InsyaAllah , dgn berkat_Nya.. pada tahun ini azam saya ialah belajar bersungguh-sungguh dri awal tahun form 4 untuk kejayaan pada SPM 2013.. Saya memohon restu ummi dan abah dan doa dari mereka untuk kejayaan saya... Amin.
Subscribe to:
Comments (Atom)
















