Thursday, 12 January 2012

KETENANGANKU BERADA DALAM KEHIJAUAN



Sebenarnya warna HIJAU ialah warna yang sangat tenang. Ana sangat gemar warna HIJAU , hal ini kerana ana tahu disebalik warna HIJAU tersimpan keistimewaan dan kelebihannya. Apabila ana mempunyai masalah , ana akan meluangkan masa ana dengan melihat keHIJAUan alam semulajadi di sekitar kawasan rumah ana... Untuk pengetahuan kalian , daripada petikan beberapa ayat yang bermaksud al-Quran yang telah meletakkan warna hijau pada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh ALLAH S.W.T.

1. " Mereka itu disediakan baginya Syurga yg kekal yang mengalir bawahnya beberapa sungai , mereka juga dihiaskan di dalamnya dengan gelang2 tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera yang tebal yg bersulam , mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias dgn warna HIJAU) . Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang sebaik-baiknya ."

2. " Mereka di dlm Syurga memakai pakaian hijau yg diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yg bertekat) , serta mereka dihiasi dgn gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dgn sejenis minuman (yg lain) yang bersih suci ."

Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga dan warna yang disukai oleh ALLAH S.W.T. Mudah - mudahan info-info yang telah ana kemukakan di atas dapat membuka hati kalian agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh ALLAH S.W.T. dan Rasul_NYA... Ana harap kalian dapat memandang indah apa yang dipandang  indah oleh ALLAH S.W.T. dan Rasul_NYA serta kalian mempunyai cita-cita untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak... Semoga kalian dan ana mendapat nikmat di Syurga_NYA kelak... INSYAALLAH!!!

No comments:

Post a Comment