Saturday, 14 January 2012

MENGIKHLASKAN SEGALA-GALANYA AKAN MEMPEROLEH KETENANGAN


Kehidupan penuh dengan cabaran dan ujian pada setiap manusia.... Ya ALLAH... sungguh sempurna ciptaan-Mu untuk menguji hamba2_Mu yang selalu lalai dengan kemewahan dan hiburan duniawi... Pada suatu malam , ana merasakan diri ini tidak membawa manfaat kepada orang disekeliling... dari dahulu sehingga hari ini ana tidak dapat merasakan kegembiraan yang berpanjangan dalam hidup ana...Kadang-kadang ana rasa putus asa untuk meneruskan hidup ana kerana banyak dugaan dan ujian yang telah ana lalui walaupun usia ana masih muda.. Ya ALLAH... sesungguhnya hamba_Mu ini lemah dan tidak dapat menanggung cabaran yang tidak dapat hamba_Mu tanggung... Tetapi ana kuatkan semangat dan dengan segera ana mengikhlaskan segala dugaan dan cabaran yang telah ana lalui sebelum ini ... Subahanallah... Dia mendengar keikhlasan ana dan suatu perasaan yang tidak dapat ana gambarkan hadir dalam hati ana ... Alhamdulillah...Ana tidak lagi putus asa malah InsyaAllah selepas ini ana akan berfikiran positif dan mengikhlaskan segala-galanya... 

Ana juga telah belajar erti keikhlasan dalam melakukan ibadat... Sungguh besar Kekuasaan ALLAH S.W.T... Pada satu saat , tiba2 ana tidak dapat menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pelajaran ana di sekolah.....dgn segera ana cuba mengikhlaskan hati ana supaya dapat menerima apa yang dibaca.. tidak putus-putus ana melafazkan pujian kepada_NYA..sehinggalah ana mendapat ketengan itu... Syukur Alhamdulillah... Sesungguhnya ALLAH S.W.T. telah berfirman dalam surah al-Bayyinah ayat 5 : yang bermaksud ( Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah ALLAH dengan mengikhlaskan ibadat kepada_NYA , lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberikan zakat dan yang demikian itulah agama yang benar . ) Semoga ibadat yang ana lakukan selama ini dapat diterima oleh ALLAH S.W.T.

Alhamdulillah... Ana bersyukur kerana ana masih bernyawa di atas muka bumi_NYA.. ana juga bersyukur dapat merasakan kasih sayang dari keluarga ana , rakan-rakan ana , guru-guru ana dan seorang insan yang berharga dalam hidup ana.... Ana bersyukur bahawa ana dapat belajar dengan tenang dan menikmati kehidupan harian  dengan sempurna...Sedangkan ada yang tidak bernasib baik kerana tidak dapat merasakan kasih sayang dari ibu bapa mereka , ada segelintir anak-anak muda yang tidak makan kerana tidak mempunyai wang dan ada juga yang mensia-siakan hidup mereka dengan melakukan pelbagai kemungkaran... Subahanallah...  Semoga pengalaman ana diatas serba-sedikit dapat membantu saudara dan saudari dalam menjalani kehidupan di Dunia ini serta cuba belajar menerima dan mengikhlaskan segala dugaan , masalah dan cabaran dengan hati yang terbuka..InsyaAllah anda akan memperolehi ketenangan di Dunia dan di Akhirat...

Alhamulillah.. Terima Kasih Ya ALLAH....
  

No comments:

Post a Comment