Sunday, 15 January 2012
SABAR ITU INDAH
Menurut Imam al-Ghazali , sabar dalam mentaati Allah itu terbahagi kpd 3 : iaitu sabar ketika hendak memulakannya, semasa mengerjakannya dan selepas mengerjakannya.
Sabar SEBELUM memulakan sesuatu perkara ialah kita mampu menahan diri daripada godaan niat-niat yang lain kecuali demi mendapatkan keredhaan Allah. Jangan sekali-kali mengharap pujian , penghargaan dan pengiktirafan dari sahabat dan rakan kalian . Dengan sabar juga kalian dapat menyingkirkan sifat riyak atau syirik kecil sebelum melakukan suatu ibadat .
Sabar SEMASA melakukan ketaatan adalah dgn menahan diri drpd segala kesusahan yang terjadi semasa kalian melakukannya . Contoh yang dapat ana kemukakan ialah seperti apabila kalian menutup aurat , pasti kalian akan merasai kepanasan dan tidak selesa . Tapi kalian mesti terus istiqamah untuk melakukannya walaupun sukar bagi fizikal , emosi dan hati kalian menanggungnya .
Sabar SELEPAS melakukan ibadat adalah dgn menahan diri drpd bersifat riyak , sum'ah (suka mendengar pujian) dan ujub (berasa hairan dgn kemampuan diri) . Menurut Imam al-Ghazali , sabar pada peringkat inilah paling sukar kerana pada waktu ini banyak godaan yang menimpa hati . Oleh itu , ana ingin berpesan jika tauhid tidak dihayati , maka dengan mudah sahaja syaitan menipu maka terhapuslah segala kebaikan yang telah kalian bina .
Dalam sebuah hadis yang panjang , Rasulullah s.a.w. telah menjelaskan bagaimana orang kaya yang dermawan , orang yang membaca al-Quran dan orang yang mati syahid telah ditolak amalannya kerana tidak ikhlas . Ana harapkan kalian dapat mengubah kelemahan diri kalian kearah lebih baik untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan pancaroba .. InsyaAllah ... sama-sama ana doakan kesejahteraan kalian..
Amin ... Ya Rabbilalamin. Syukran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment