Thursday, 1 March 2012

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN



Setiap pelajar wajib menghadapi peperiksaan , sama juga dengan ana.. Sebenarnya kalian tidak seharusnya takut dan bimbang pada peperiksaan kerana itu adalah lumrah sebagai seorang pelajar yang inginkan kejayaan di masa hadapan .. Kejayaan dalam peperiksaan bergantung kepada usaha dan kesungguhan dari diri kita sendiri.. Terdapat beberapa tips atau petua untuk menghadapi peperiksaan, antaranya :

Sikap Di Dalam Kelas
  • Seminggu atau 2 minggu sebelum peperiksaan tiba , kalian harus lah menumpukan sepenuhnya perhatian sewaktu guru mengajar . 
  • Jangan pernah memberi virus kepada rakan anda dan jangan pernah melakukan perkara yang menghalang penumpuan kalian .
  • Sekiranya guru kalian membuka perbincangan , kalian perlulah mengemukakan masalah atau soalan yang tidak kalian fahami . Sewaktu hampir exam nie , tak usah lah kalian mengamalkan sikap malu dan jangan berasa segan atau takut untuk bertanya . 
  • Semasa guru memberi penerangan , sebenarnya kalian perlu mencatat semua yang dibincangkan kerana hari-hari akhir biasanya guru akan membincangkan isu yang berkaitan dengan exam . 
Strategi Ulangkaji
  • Kalian perlu berbincang dan belajar secara berkumpulan bersama-sama rakan2 kalian kerana apa yang rakan kalian katakan , kalian akan mengingatinya . 
  • Menghasilkan nota yang ringkas dan mudah kalian fahami . Gunakan pen penanda untuk ayat dan perkataan penting.
  • Setiap hari jangan pernah tinggal untuk membuat sekurang-kurangnya 3 atau 4 soalan latihan.
  • Sediakan dan tetapkan masa serta cuba untuk menjawab soalan seakan-akan peperiksaan , jangan pernah melihat nota , jawab soalan berdasarkan apa yang kalian ingat. Selepas itu barulah kalian semak jawapan dan cuba untuk mengingatkan jawapan yang diberikan .
Berdoa dan Bertawakal
  • Kita hanya mampu merancang tetapi Allah S.W.T. yang Maha menentukan yang terbaik untuk kita.
  • Kalian perlulah sentiasa berdoa untuk kejayaan kalian dan rakan-rakan kalian .
  • Sekiranya kalian tidak mendapat keputusan yang kalian impikan , maka kalian perlulah bersyukur dengan apa yang telah Allah S.W.T. berikan kepada kalian .
  • Sebagai seorang muslim , kita hendaklah bersyukur dan tidak boleh bersangka buruk dengan ketentuan Ilahi kerana semua itu mempunyai hikmah-hikmah yang tertentu .
Begitulah serba sedikit tips persediaan menghadapi peperiksaan yang dapat ana kongsikan bersama kalian . Sesetengah daripada kalian apabila tiba masa sedemikian , kalian akan gelisah dan takut dengan keputusan yang akan diterima malah sebahagian daripada kalian akan kecewa dan sedih dengan keputusan yang diterima . Ana ingin katakan kepada kalian , yakinlah bahawa setiap ujian dan cabaran merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya . Allah memberi cubaan agar kita menjadi lebih matang dan lebih dewasa . Rasulullah bersabda : " Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan " Kesimpulanya , jangan lah kalian mempunyai sifat putus asa . Sebaiknya kalian harus bangkit dan berusaha untuk mendapat kejayaan dengan keredhaan Allah S.W.T. InsyaAllah .

No comments:

Post a Comment