Monday, 16 January 2012

CARA-CARA SOLAT BERJEMAAH BAGI WANITA


Solat berjemaah tidak diwajibkan bagi kaum wanita berdasarkan sepakat ulama . Tetapi solat berjemaah ini amat digalakkan . Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Janganlah kalian melarang wanita-wanita kalian ( untuk pergi ke ) masjid dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka . " ( Riwayat Ibn Khuzaimah )

Siapa yang Layak Menjadi Imam ?

Wanita yang paling baik bacaannya itulah yang paling layak menjadi imam .Jika diantara kalian mempunyai persamaan , maka yang ada ilmu tentang sunnah perlu diberi prioriti .Seandainya para wanita melakukan solat di rumah seseorang antara mereka , maka tuan rumahlah yang paling berhak untuk menjadi imam kecuali jika diizinkannya kepada orang lain .Sabda Rasulullah s.a.w. : " Yang berhak mengimami solat ialah orang yang paling bagus atau paling banyak hafalan al-Qurannya .Jika dari segi al-Qurannya sama , maka dipilih yang paling mengerti tentang sunah .Kalau dalam sunah juga sama , maka dipilih yang terlebih dahulu berhijrah .Kalau dalam hijrah pun sama , dipilih yang terlebih dahulu masuk Islam. Janganlah seseorang mengimami orang lain dalam wilayah kekuasaannya dan janganlah kalian duduk di rumah orang lain di tempat duduk khusus untuk tuan rumah kecuali dengan izin daripadanya . "

Kedudukan Saf Jemaah Muslimah .

Seseorang wanita yang menjadi imam perlulah berdiri ditengah-tengah jemaah , bukan di depan makmum . Jika kaum wanita melakukan solat berjemaah yang jauh daripada kaum lelaki , maka saf yang paling awal bagi mereka ialah saf pertama . Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat-Nya berselawat kepada (mereka) yang berada pada saf-saf depan . " [ Dengar itu , kalau kalian pergi ke masjid jangan lah suka memilih tempat dibelakang . Katanya panas , hendak pulang senang dan macam-macam lagi . Sebaliknya kalian perlu berlumba-lumba untuk mendapatkan saf yang pertama kerana Subhanallah , sungguh besar fadhilatnya . Renung-renungkan dan selamat beramal . ]

Kesimpulannya , renungilah pesanan Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Sesiapa yang melakukan solat berjemaah selama 40 hari tanpa melewatkan takbiratulihram dalamnya , dia pasti dibebaskan daripada dua perkara iaitu kemunafikan dan api neraka . "

Sunday, 15 January 2012

SABAR ITU INDAH



Menurut Imam al-Ghazali , sabar dalam mentaati Allah itu terbahagi kpd 3 : iaitu sabar ketika hendak memulakannya, semasa mengerjakannya dan selepas mengerjakannya.

Sabar SEBELUM memulakan sesuatu perkara ialah kita mampu menahan diri daripada godaan niat-niat yang lain kecuali demi mendapatkan keredhaan Allah. Jangan sekali-kali mengharap pujian , penghargaan dan pengiktirafan dari sahabat dan rakan kalian . Dengan sabar juga kalian dapat menyingkirkan sifat riyak atau syirik kecil sebelum melakukan suatu ibadat .

Sabar SEMASA melakukan ketaatan adalah dgn menahan diri drpd segala kesusahan yang terjadi semasa kalian melakukannya . Contoh yang dapat ana kemukakan ialah seperti apabila kalian menutup aurat , pasti kalian akan merasai kepanasan dan tidak selesa . Tapi kalian mesti terus istiqamah untuk melakukannya walaupun sukar bagi fizikal , emosi dan hati kalian menanggungnya .

Sabar SELEPAS melakukan ibadat adalah dgn menahan diri drpd bersifat riyak , sum'ah (suka mendengar pujian) dan ujub (berasa hairan dgn kemampuan diri) . Menurut Imam al-Ghazali , sabar pada peringkat inilah paling sukar kerana pada waktu ini banyak godaan yang menimpa hati . Oleh itu , ana ingin berpesan jika tauhid tidak dihayati , maka dengan mudah sahaja syaitan menipu maka terhapuslah segala kebaikan yang telah kalian bina .

Dalam sebuah hadis yang panjang , Rasulullah s.a.w. telah menjelaskan bagaimana orang kaya yang dermawan , orang yang membaca al-Quran dan orang yang mati syahid telah ditolak amalannya kerana tidak ikhlas . Ana harapkan kalian dapat mengubah kelemahan diri kalian kearah lebih baik untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan pancaroba .. InsyaAllah ... sama-sama ana doakan kesejahteraan kalian..

Amin ... Ya Rabbilalamin. Syukran.

Saturday, 14 January 2012

MENGIKHLASKAN SEGALA-GALANYA AKAN MEMPEROLEH KETENANGAN


Kehidupan penuh dengan cabaran dan ujian pada setiap manusia.... Ya ALLAH... sungguh sempurna ciptaan-Mu untuk menguji hamba2_Mu yang selalu lalai dengan kemewahan dan hiburan duniawi... Pada suatu malam , ana merasakan diri ini tidak membawa manfaat kepada orang disekeliling... dari dahulu sehingga hari ini ana tidak dapat merasakan kegembiraan yang berpanjangan dalam hidup ana...Kadang-kadang ana rasa putus asa untuk meneruskan hidup ana kerana banyak dugaan dan ujian yang telah ana lalui walaupun usia ana masih muda.. Ya ALLAH... sesungguhnya hamba_Mu ini lemah dan tidak dapat menanggung cabaran yang tidak dapat hamba_Mu tanggung... Tetapi ana kuatkan semangat dan dengan segera ana mengikhlaskan segala dugaan dan cabaran yang telah ana lalui sebelum ini ... Subahanallah... Dia mendengar keikhlasan ana dan suatu perasaan yang tidak dapat ana gambarkan hadir dalam hati ana ... Alhamdulillah...Ana tidak lagi putus asa malah InsyaAllah selepas ini ana akan berfikiran positif dan mengikhlaskan segala-galanya... 

Ana juga telah belajar erti keikhlasan dalam melakukan ibadat... Sungguh besar Kekuasaan ALLAH S.W.T... Pada satu saat , tiba2 ana tidak dapat menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pelajaran ana di sekolah.....dgn segera ana cuba mengikhlaskan hati ana supaya dapat menerima apa yang dibaca.. tidak putus-putus ana melafazkan pujian kepada_NYA..sehinggalah ana mendapat ketengan itu... Syukur Alhamdulillah... Sesungguhnya ALLAH S.W.T. telah berfirman dalam surah al-Bayyinah ayat 5 : yang bermaksud ( Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah ALLAH dengan mengikhlaskan ibadat kepada_NYA , lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberikan zakat dan yang demikian itulah agama yang benar . ) Semoga ibadat yang ana lakukan selama ini dapat diterima oleh ALLAH S.W.T.

Alhamdulillah... Ana bersyukur kerana ana masih bernyawa di atas muka bumi_NYA.. ana juga bersyukur dapat merasakan kasih sayang dari keluarga ana , rakan-rakan ana , guru-guru ana dan seorang insan yang berharga dalam hidup ana.... Ana bersyukur bahawa ana dapat belajar dengan tenang dan menikmati kehidupan harian  dengan sempurna...Sedangkan ada yang tidak bernasib baik kerana tidak dapat merasakan kasih sayang dari ibu bapa mereka , ada segelintir anak-anak muda yang tidak makan kerana tidak mempunyai wang dan ada juga yang mensia-siakan hidup mereka dengan melakukan pelbagai kemungkaran... Subahanallah...  Semoga pengalaman ana diatas serba-sedikit dapat membantu saudara dan saudari dalam menjalani kehidupan di Dunia ini serta cuba belajar menerima dan mengikhlaskan segala dugaan , masalah dan cabaran dengan hati yang terbuka..InsyaAllah anda akan memperolehi ketenangan di Dunia dan di Akhirat...

Alhamulillah.. Terima Kasih Ya ALLAH....
  

Thursday, 12 January 2012

KETENANGANKU BERADA DALAM KEHIJAUAN



Sebenarnya warna HIJAU ialah warna yang sangat tenang. Ana sangat gemar warna HIJAU , hal ini kerana ana tahu disebalik warna HIJAU tersimpan keistimewaan dan kelebihannya. Apabila ana mempunyai masalah , ana akan meluangkan masa ana dengan melihat keHIJAUan alam semulajadi di sekitar kawasan rumah ana... Untuk pengetahuan kalian , daripada petikan beberapa ayat yang bermaksud al-Quran yang telah meletakkan warna hijau pada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh ALLAH S.W.T.

1. " Mereka itu disediakan baginya Syurga yg kekal yang mengalir bawahnya beberapa sungai , mereka juga dihiaskan di dalamnya dengan gelang2 tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera yang tebal yg bersulam , mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias dgn warna HIJAU) . Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang sebaik-baiknya ."

2. " Mereka di dlm Syurga memakai pakaian hijau yg diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yg bertekat) , serta mereka dihiasi dgn gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dgn sejenis minuman (yg lain) yang bersih suci ."

Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga dan warna yang disukai oleh ALLAH S.W.T. Mudah - mudahan info-info yang telah ana kemukakan di atas dapat membuka hati kalian agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh ALLAH S.W.T. dan Rasul_NYA... Ana harap kalian dapat memandang indah apa yang dipandang  indah oleh ALLAH S.W.T. dan Rasul_NYA serta kalian mempunyai cita-cita untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak... Semoga kalian dan ana mendapat nikmat di Syurga_NYA kelak... INSYAALLAH!!!

Thursday, 5 January 2012

TEMAN , KAWAN & SAHABAT



SAHABAT.... Semua manusia di dunia ini pasti mempunyai ramai sahabat yang sgt penyayang.. begitu juga saya.. ini lah sahabat saya yang mempunyai pelbagai watak menarik untuk dijadikan debagai teman dikala susah dan senang .. segala masalah di sekolah mahupun peribadi kami kongsi bersama... suka duka , kami lalui bersama... kdg2 saya merasakan sgt bertuah kerana dikurniakan sahabat yg sgt baik.. tpi buat masa kini saya belum mempunyai sahabat yg betul2 memahami segala duka diri saya ... Kami namakan geng kami ' The Fabulous 14 ' kerana dimana pun kami berada pasti bersama2.. sebenarnya ikatan persahabatan kami sgt kukuh , ini kerana kalau kami bertengkar pasti salah seorg ahli geng kami akan menyatukan kumpulan ini kembali.. Bak kata pepatah ' Air Dicingcang Tidak Akan Putus Talinya ' ... jika kami bertengkar pun , tak pernah berpanjangan.. 2 atau 3 hari mesti kembali balik dalam geng... Saya harapkan persahabatan yg kini terjalin biarkan kekal hingga ke akhir hayatku.. Amin.....

Sunday, 1 January 2012

TAHUN BARU 2012


Selamat tahun baru saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia dan muslimin dan muslimat yg diRahmati Allah S.W.T. Pada setiap tahun baru , semua insan pasti mempunyai azam baru untuk dicapai dalam hidup mereka masing2... Begitu juga dengan saya... InsyaAllah , dgn berkat_Nya.. pada tahun ini azam saya ialah belajar bersungguh-sungguh dri awal tahun form 4 untuk kejayaan pada SPM 2013.. Saya memohon restu ummi dan abah dan doa dari mereka untuk kejayaan saya... Amin.